Result SPM buat ibuku
“Ana,mengapa duduk di sini seorang
diri?”Tanya Arisa.Dia mengambil sebuah bangku lalu meletakkannya
bersebelahanku.Aku memang suka meluangkan masa kat belakang asrama ni.
“Aku duduk sini sorang-sorang sebab
rimas duduk dalam bilik.Ramai sangat penghuni bilik lain duduk melepak dalam dorm kita.Arisa, duduk kat bawah pokok
bunga tanjung belakang asrama ni mendamaikan hati tau.”Ujarku kepada sahabat
baik yang selalu disampingku tidak kira ketika aku suka mahupun duka.
“Ya, aku tahu tapi kenapa sejak
akhir-akhir ni aku tengok kau sering menyendiri?”Tanya Arisa.Jelas kerisauan
terukir pada wajahnya.
“Aku sebenarnya teringatkan ibu aku kat
kampung.Aku risau dengan keadaan dia.Kalau aku ada kuasa macam superhero tu dah
lama aku terbang balik ke kampung.Kalau boleh aku nak sentiasa disisinya.Aku
nak jaga dia.”Aku rasa seperti hilang sedikit bebanan di kepala aku setelah
meluahkan perasaan ini kepada Arisa.
Ibu aku sedang menghidap penyakit tibi
tulang.Badannya semakin lama semakin kurus.Agaknya kerana semenjak sakit ibu
sudah berkurang selera makannya.Ibu selalu deman dan batuk.
“Ana, kau tak boleh terlalu membebankan
fikiran kau tu.Kita ni tinggal beberapa bulan je dah lagi nak menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).Abang kau kan ada untuk menjaga ibu kau.”Nasihat Arisa lembut.Aku tahu
selama ini aku dan ibuku hanya bergantung kepada AbangLong dan AbangNgah setelah
ayah meninggal dunia pertengahan tahun lepas.
“Kau jangan jadikan AbangNgah kau yang
dah naik kapal semula dan AbangLong kau yang bekerja penuh pada siang hari
sebagai alasan untuk kau terlalu risau.Kitakan jiran.Mak aku selalu tengokkan ibu kau kat
kampung.Jangan risau.”Arisa selalu menenangkan aku.Aku bersyukur sangat dapat
sahabat yang baik macam dia.
“Aku ni sebagai seorang teman tak nak
la kau terlalu memikirkan hal tu sampai terabai pelajaran.Kau kan salah seorang
pelajar yang tersenarai untuk mendapat 10A.Kalau terus macam ni memang
hancurlah harapan cikgu dan sekolah.Ibu kau pun nak sangat tengok kau menjadi
pelajar yang berjaya kan.”Arisa memang tak kering idea nak ingatkan aku tentang
peperiksaan spm.
“Entahlah Arisa.Aku tak boleh lari dari
rasa tertekan.Kehilangan ayah terasa seperti baru semalam arwah meninggalkan
kami membuatkan aku takut.”Aku hanya mampu mengeluh.
Arisa meletakkan tangan kirinya ke atas
bahuku.Matanya memandang sekeliling belakang asrama ini.Kelihatan sekumpulan
lembu yang dari tadi meragut rumput di padang sudah dibawa pulang oleh
tuannya.Burung-burung pun berterbangan pulang ke sarang.
“Matahari pun dah nak balik tu.Jomlah
pergi dewan makan.Masa makan malam dah nak habis ni, nanti bising pulak
kakak-kakak dewan makan tu.Dahlah kau tak pergi makan masa minum petang tadi.”Ajak
Arisa sambil menarik tangan aku agar bangkit daripada bangku.
Setelah habis makan malam, seperti
biasa pelajar asrama lelaki mahupun pelajar asrama perempuan akan turun ke
surau sekolah untuk menunaikan solat maghrib berjemaah diikuti sedikit ceramah
agama atau bacaan yasin dan menunaikan solat isyak berjemaah.Setelah selesai solat,
kapten pelajar lelaki dan kapten pelajar perempuan akan buat roll call dahulu sebelum masuk dorm.Setelah itu barulah kami akan study di tempat yang sudah ditetapkan.
Aku cuba menyiapkan segala latihan yang
diberikan dalam masa study ni sebab
aku tidak mahu sambung menyiapkan kerja dalam dorm.Masa selama dua jam dan sepuluh minit untuk study terasa begitu cepat berlalu.Jarum
jam sudah menunjukkan pukul 11.10 malam.Aku menarik tangan Arisa untuk menjadi
orang terawal beratur.Menu supper
malam ni cupcake vanilla dengan susu
coklat.Aku mengambil cupcake sahaja
untuk di makan dalam perjalanan pulang ke dorm.
Aku masuk dorm.Beg dan barang-barang yang aku bawa untuk study tadi aku simpan elok dalam locker.Tabung syiling aku buka.Syiling yang aku ada hanya sekeping
syiling dua puluh sen.
“Milya,kau ada duit syiling
tak?”Tanyaku kepada teman satu dorm
denganku itu.
“Adalah dalam seringgit dan enam puluh
sen.Kau nak tukar ke nak pinjam?”Tanya Milya pula.
“Aku nak tukar seringgit.”Jawabku
ringkas
“O.k.”Ujar Milya sambil menghulurkan
duit syiling berjumlah seringgit itu kepadaku.Aku menukarkan dengan memberi
duit kertas RM1.
“Kalau kau rasa tak cukup, cuba kau
mintak dengan cik Siti tu.Asyik duk tilik muka depan cermin tu.Aku takut nanti
cermin muka tu pecah je.”Milya akhiri kata-katanya dengan gelak tawa yang
kemudiannya disambut pula oleh teman-teman yang lain.Bergema dorm tu dibuatnya.Kalau warden dengar
nanti masaklah kami.Siti terus memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
“Takpelah Siti, aku dah cukup ni.Thanks Milya.”Ujarku kepada Siti dan
Milya.Aku menarik tangan Arisa agar mengikutku turun ke tingkat satu.Aku
perlukan duit syiling ini sebab aku nak telefon abang aku.
Langkah kaki ini laju kuatur mendekati
telefon awam asrama yang terletak berhampiran dengan pintu keluar masuk asrama
pelajar perempuan.Walaupun dalam asrama ini ada empat buah telefon awam tetapi
bukan semua yang elok berfungsi.Kerosakannya mungkin berpunca daripada pelajar
sendiri.
Aku mengangkat ganggang telefon
kemudian menekan nombor telefon AbangLong tetapi tidak diangkat.Aku mendial
sekali lagi kemudian baru mendengar suara orang memberi salam.
“Waalaikumsalam.Puas adik duk menunggu
abang jawab tau”Aku membuat nada sedih kerana dia lambat menjawab panggilanku.
“Sorrylah
dik sayang,Abang tertinggal telefon dalam bilik tadi sebab tu tak dengar.”
“Hmm…It’s o.k.Abang dengan ibu sihat?Ibu macam mana?Abang buat apa
tadi?”Aku tanya soalan bertubi-tubi kepada abangku.
“Huih, banyak betul soalan kamu ni
dik.Kalau iye pun rindu kat abang yang handsome
ni janganlah sampai macam tu sekali.Alhamdulillah,abang sihat.Ibu pun macam
biasalah tapi hari ni ibu gembira sangat sebab MakLong dan PakSu ada balik
melawat ibu.Diorang nak ajak ibu pergi jalan-jalan esok.Adik pulak apa
khabarnya?Sihat tak?Pembelajarannya pulak macam mana?”Tanya abangku pula
kepadaku.
“Eleh, abang tu suka sangat perasan Handsome tapi tetap jugak hidup
membujang.Kalau handsome sangat
takkan tak ada yang tersangkut dengan abang kut?”Abangku hanya ketawa kecil
mendengar komenku.
“Adik sihat dan pembelajaran pun adik
tak ada masalah”Aku menyambung bicaraku yang terputus.Aku tidak mahu dia tahu
bahawa sebenarnya aku rasa tertekan semenjak mengetahui penyakit ibuku.Pembelajaranku
pun sedikit terabai.
“Baguslah kalau macam tu.Adik
belajarlah elok-elok.Adik kena ingat pesan ibu.Kalau kita nak berjaya dunia
kita kena ada ilmu,kalau kita nak berjaya akhirat pun kita kena ada ilmu.Kalau
kita ada ilmu,kita duduk kat ceruk mana pun dalam dunia ni kita akan
berjaya.Adik ingat pesan Ibu ni.”Nasihat abangku.
“Thanks
abang.Abang kirim salam sayang adik kat Ibu yer.Duit syiling dah nak habis
ni.Abang jaga Ibu baik-baik tau.O.k.Assalamualaikum”Aku bersyukur Ibuku
baik-baik sahaja.Dapat mendengar suara abang pun sudah memadai untuk mengubat
rindu di hati.
Aku meletakkan ganggang telefon
kemudian mengajak Arisa untuk pulang ke dorm.
Aku masih ingat lagi dua bulan yang
lalu aku baru sahaja pulang ke rumah dari asrama.Hari itu aku pulang dengan bas
awan.Setelah sampai di rumah, aku tengok tak ada seorang pun di rumah.Rumah
pulak berkunci.Nasib baik aku ada kunci pendua kalau tak memang berlaparlah aku
di luar rumah ni.
Aku membuka pintu rumah.Aku membawa
masuk beg galas dan beg pakaian aku ke dalam rumah kemudian meletakkan atas
kerusi di ruang tamu.Aku terus ke dapur dan mencari apa-apa yang boleh mengisi
perut.
Tudung saji berwarna ungu kuangkat.Ada
empat bungkus roti ikan bilis.Aku mengambil satu untuk dimakan.Telefon bimbit
Nokia 6710 yang berada di tepi peti kuambil.Aku menaip sedikit pesanan ringkas
untuk bertanyakan keberadaan Ibu dan abang-abangku.Puas aku menunggu balasan mesej
daripada abangku tetapi tiada balasan jugak.
Aku pun mengambil tuala.Baik aku pergi
mandi dan solat dulu.Setelah selesai mandi dan menunaikan solat, aku mencapai
al-Quran.Belum sempat aku membuka kitab suci itu aku terdengar bunyi kereta
Proton Saga milik abangNgahku di halaman rumah.
Aku segera pergi ke arah pintu rumah utama.Aku
membuka pintu rumah.Sebaik sahaja abangNgahku masuk dalam rumah aku terus
bertanya abangNgah pergi ke mana dan di mana keberadaan Ibu.
“Ibu masuk hospital.Ibu sakit.”Kata
abangNgah kepadaku.Wajahnya yang sedih jelas kelihatan.
“Ibu jatuh sakit?Tapi kenapa?Abang
janganlah main-main.”Aku dapat merasakan pipiku sudah lencun dengan air mata.Tak
sanggup rasanya untuk aku mendengar berita buruk lagi.
“Sabarlah dik.Janganlah
menangis.AbangLong,MakLong dan Paksu ada menemankan ibu.Abang belum tahu lagi
mengenai penyakit ibu.”Ujar abangNgahku sambil mengusap lembut kepalaku.
Aku masih lagi terasa kehilangan ayahku
pertengahan tahun lepas.Satu pembedahan yang tidak berjaya telah mengakibatkan
kematian ayahku.
Aku tersentak daripada ingatan tempoh
hari kerana terlanggar selipar-selipar yang berselerakan di hadapan dorm B3.Nasib baik warden tak keluar
malam ni,kalau tak memang kena marahlah.Paling berat mesti kena keliling padang
sepuluh pusingan waktu riadah keesokan harinya.
Aku dan Arisa masuk dorm lalu Arisa pun mula bercekak
pinggang.
“Announcement
myfriends.Lain kali susun selipar tu elok-elok.Kalau tak nanti kena denda
la kita semua.”Arisa mengingatkan teman-teman yang lain.Aku dan Arisalah yang
akan kena paling teruk selaku ketua dan penolong ketua.
“Bereh
boh.”Akur ahli-ahli dorm B3
dengan serentak kemudiannya diikuti gelak tawa yang kecil.
“Dahlah tu.Dah lewat malam ni.Pergi
tidur.”Ujarku perlahan kemudian mengunci pintu dorm B3.
“Ibu…”Aku terjaga dari tidur.Arisa juga
terbangun dari tidur mungkin kerana terdengar teriakanku tadi.
“Ana, kenapa ni?”Arisa mendekatiku lalu
bertanya apa yang berlaku.
“Aku mimpikan ibu aku.Dia..Dia
tinggalkan aku macam tu aje.Ibu aku tinggalkan aku.”Aku terus memeluk Arisa
sambil menangis.
“Itu cuma mainan mimpi ajelah
Ana.Janganlah kau fikir yang bukan-bukan.Dahlah tu.Nak masuk waktu subuh dah
ni.”Arisa cuba untuk merasionalkan pemikiran aku.
“Kalau kau tak percaya aku boleh tolong
telefon abang kau.”Arisa mengambil telefon bimbit yang dibawanya secara senyap
ke asrama lalu mendail nombor abangLong aku.
“Assalamualaikum AbangRedzmi,Risa
mintak maaflah kalau mengganggu abang
pagi-pagi buta ni.Risa nak tanya MakMa sihat tak?Keadaan dia macam mana?O.k.Thanks.Si Ana ni yang bimbangkan sangat
dengan ibu dia.O.k.Waalaikumsalam.”
“Ha, aku dah Tanya.Abang kau kata ibu
kau tak ada apa-apa.Dahlah, tu cuma mimpi jer.”Arisa terus ke bilik mandi untuk
mandi dan mengambil wuduk.Setelah Arisa selesai mandi dia datang mendekatiku.
“Apalah nak jadi dengan kau ni?Dengar
sini,kau dah tak boleh bersikap macam ni lagi tau.Kau harus berubah.Mesti kau
taknak susah payah kau selama ini menuntut ilmu akan berakhir dengan sebuah
kegagalan kan?Jadi kau mesti bangkit.Kalau kau sendiri tak bangkit macam mana
kau nak berjaya.Bukan kau kata kau nak jadi doktor ke tahun lepas?”Arisa
memberi nasihat dengan penuh perasaan.Aku rasa seperti terbangun dari
tidur.Selama ini aku tak ingat akan ketentuan Ilahi.
“Yup, betul tu.Aku kena bangkit.Aku
minta maaf kerana telah banyak menyusahkan kau.Aku alpa selama ini.Terima kasih
sebab sentiasa mengingatkan aku.”Aku harus bangkit.Aku juga lupa bahawa ini
adalah ujian Allah terhadapku.Sesungguhnya semua yang ada ini adalah milikmu ya
Allah.Aku alpa.Astaghfirullah.Aku memohon keampunan daripadamu ya
Allah.Alhamdulillah.Segala puji kepada Allah kerana telah menyedarkan aku.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu,
dan bulan berganti bulan.Aku dan rakan-rakan yang lain sudahpun selesai
menghadapi peperiksaan SPM dengan segala ilmu yang sudah dipelajari selama ini
di sekolah.
Beberapa bulan selepas itu keputusan peperiksaan
SPM pun keluar.Kami berdua mendapat keputusan yang
cemerlang.Alhamdulillah.Segala puji-pujian untukMu ya Allah.Aku bergegas pulang
ke rumah untuk memberitahu keputusan peperiksaanku kepada Ibu.
“Ibu…”Belum sempat masuk rumah lagi aku
sudah memanggil-manggil Ibuku.
Aku melangkah laju menuju ke bilik
Ibu.Pintu bilik kubuka.Kesihatan Ibu semakin baik aku lihat sejak kebelakangan
ini.Hari ini sahaja aku lihat ibu aku sudah pun boleh bergerak sendiri dengan
menggunakan kerusi roda.Pagi tadi pun ibu berselera sangat makan masakan yang
telah kumasak.
“Ibu, adik dapat 10A.CGPA sijil
kokurikulum pun adik dapat Gred A ibu.Bolehlah adik sambung belajar.Adik kan
nak jadi doktor”Ujarku kepada ibu.
“Syukur alhamdulillah.Tahniah, ibu
bahagia melihat anak ibu berjaya.Anak ibu jangan pernah berhenti mencari,
mempelajari, mendalami dan mengamalkan segala ilmu-ilmu yang adik belajar
yer.Adik takkan sesat selagi ada ilmu.”Lembut ibu menasihatiku.
Aku duduk atas katil ibu kemudian
memeluknya erat.Ibu membalas pelukanku dengan penuh kasih sayang tetapi tak
lama selepas itu pelukan ibu mulai terlerai.Tangan ibu sudah terkulai jatuh.Aku
memegang kedua-dua bahu ibuku.Mata ibuku sudahpun tertutup.Wajahnya kelihatan
seperti sedang tersenyum.Aku membaringkannya atas katil lalu mengucup dahi
serta kedua-dua pipinya.
Rupa-rupanya ibu hanya menunggu
kejayaanku dalam pembelajaran.Aku akur pada takdir Yang Maha Esa.Ibuku sudahpun
meninggalkanku.Aku akan terus mengingati kata-kata terakhir daripada
ibuku.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan